Masih ramai lagi yang berkopiah memandu ikut perasaan. Masih ada lagi yg berjubah, berserban tak pernah hormat pemandu lain bila nak ke masjid. Mengejar syurga agaknya.
Ada yang berkopiah, berbekas dahi masih lagi tak tahu nak beratur. Memotong barisan macam tiada apa yang terjadi. Apa kau ingat sebab ia hukum dunia kau boleh langgar? Mahu saja aku lempang kau.
Masih ada yang berjubah, berkopiah masih tidak tahu untuk berbudi bicara. Cakap main lepas serupa dunia ini kau yang punya. Kepala banna kau. Jangan salahkan aku kalau aku caci maki.
Masih ada yang berserban yang tidak menghormati binatang. Kalau kau tak sukakan kucing tu, tak payah nak tendang kucing tu. Kalau dia yang tendang kau, kau suka?
Jangan kau fikir kau yang paling mulia. Aku yang berbaju T-shirt dan jeans ini juga ada akal dan ilmu. Aku diajar untuk menghormati orang lain dan juga binatang. Banyak yang aku rasa kita perlu pakai "common sense". Tak payah nak rujuk kitab. Benda yang mendatangkan kebaikan, tak salah jika dipraktikkan.
Islam aku mudah. Aku tak pasti Islam kau bagaimana. Kita baca kitab yang sama. Moga kita menjadi yang lebih baik.
#ThisIsMyRant
Cheers.
1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment